Alamat: No. 10, Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
No. Telefon: 0173692530 Harga: RM16 – RM40
Menikmati Pelbagai Jenis Masakan di “Mari Makan”
- Lambogini (RM29.90) – hidangan signature di sini. Daging kambing panggang disusun bersama sos bolognese yang berasaskan tomato. Gabungan unik dari rasa masam dan masin dari sos dan daging kambing.
- Pasta Vaganza (RM22.00) – pasta yang dihidangkan dengan dua jenis sos iaitu sos bolognese dan creamy sauce. Tekstur berlemak dengan rasa masam-masin. Dihidangkan bersama chicken chop rangup.
- Kuey Teow Kung Fu (RM9.90) – kuey teow digoreng bersama telur dan disalut dengan sos manis dari udang dan capsicum. Pedas dengan cili potong.
- Chicken Rice Ball Special (RM14.90) – nasi ayam “Mari Makan” style. Dihidangkan bersama kerabu mangga.
- Tauhu Bergedil (RM4.90) – hidangan sederhana yang boleh dimakan begitu sahaja atau dengan sos kacang.
- Daging Deng-Deng (1 sudu @ RM5.00) – daging lembut dengan rasa rempah dan perapan yang kaya.