SALTed, buat anda yang mungkin tidak tahu, merupakan singkatan untuk Sarawak Authentic Local Taste Extra Delicious.
Beroperasi di Mutiara Damansara, ia antara segelintir restoran yang mengkhusus dalam makanan Sarawak. Sejak pembukaannya, restoran tersebut mendapat maklum balas positif daripada anak-anak jati Bumi Kenyalang. Pendek kata, jika hendak mencari hidangan Sarawak yang autentik, SALTed-lah tempatnya.
Tetapi jangan terkejut tatkala melihat menu mereka. Pilihan makanan tidaklah banyak, hanya memberi tumpuan kepada beberapa item penting sahaja. Ada baiknya, tidaklah pening kepala memikirkan apa yang hendak dipesan.
Jika datang bersama beberapa orang teman, tidak mustahil untuk dipesan semua hidangan dalam menu. Lagipun, harga setiap satunya amat berpatutan.
Kita mulakan dengan Sarawak Laksa. Yang basic, berharga RM6.00 dan didatangkan dengan hirisan telur dan ayam. Dari segi portion, basic is just nice buat kaum Hawa. Supnya tidak terlalu pekat atau berlemak, serba-serbi cukup dari segi perisa.
Beransur pula ke Kolo Mee (RM8.50). Menilai pada luarannya, memang tiada yang menarik. Mee-nya putih, tampak plain dengan daging cincang yang sama pucat warnanya. Namun, bak kata pepatah Inggeris, Don’t judge a book by its cover.
Gaulkan mee dan daging cincang sehingga sebati dengan kuahnya. Kemudian, ambil satu suapan besar. Letusan rasa dan tesktur dari kombinasi kuah, daging cincang dan mee akan membuat anda terpegun seketika. Enak sekali!
Sebagai amaran awal, Belacan Beehoon (RM9.50 + telor padi) bukan untuk semua orang. Tetapi saranan admin, cuba dulu kerana pada awalnya admin juga membuat muka bila ditanya jika ingin memesan hidangan unik ini.
Akhirnya, admin yang paling banyak makan sebab ‘kena’ dengan tekak. Rasa belacannya tidak terlalu ketara, sekadar memberi hidangan itu satu sentuhan bau dan rasa geragau yang harum dan menyelerakan. Telor padi menyumbang elemen lemak-lemak kepada hidangan.
Hidangan terakhir yang dipesan, Kacangma atau Motherwort Chicken (RM10.00). Asalnya, hidangan ini disajikan orang Hakka kepada para ibu dalam tempoh pantang. Tetapi hari ini, ia telah menjadi hidangan popular dan kegemaran ramai warga Sarawak.
Semuanya diakhiri dengan segelas Teh C Peng Special Apong (RM5.00). Jika diamati, teh ini ada tiga lapis bermula dengan gula apong di bahagian bawahnya. Gula apong merupakan gula yang dihasilkan daripada nira nipah. Ini diikuti dengan lapisan susu di bahagian tengah dan di atasnya, lapisan teh. Manis dan terbaik!
Secara peribadi, SALTed wajar dikunjungi bukan sekadar untuk mengenali hidangan asli Sarawak tetapi buat anda yang mencari makanan yang sedap pada harga yang mesra rakyat.
Bunyinya seakan renyah hendak disediakan. Iya-lah, bila sudah lapar, aktiviti memasak sememangnya kurang digemari.
Tetapi boleh sahaja menghasilkan hidangan spaghetti olio yang ringkas dengan cepat dan mudah. Guna sahaja bahan-bahan utama dalam masakan itu.
Bahan:
Minyak
Bawang putih
Lada hitam
Spaghetti
Udang / ayam
Caranya:
1. Rebus spaghetti selama 5 - 10 minit.
2. Panaskan kuali dan tumis hirisan bawang putih.
3. Masukkan udang / ayam dan kacau. Langkau langkah ini jika tidak mahu tambahkan udang / ayam.
4. Tos kan spaghetti, masukkan ke dalam tumisan tadi. Tambahkan sedikit garam diikuti dengan lada hitam. Gaul sehingga rata.
5. Tambahkan daun parsley dan minyak olive jika ada.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Tak perlu susah-susah nak buat doh, lepas tu nak kerah tenaga untuk uli.
Lainlah kalau ada mesin penguli di rumah. Seperti biasa, kita gunakan apa yang ada.
Bahan:
Roti
Sos pasta / Tomato puree
Keju
Sosej
Caranya:
1. Sapukan sos pasta / tomato puree di atas roti.
2. Letakkan sosej yang telah dipotong (mengikut ketebalan yang diingini) di atasnya sebelum dialaskan dengan dua kepingan keju.
3. Panaskan di dalam microwave oven selama dua minit dengan suhu sederhana.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Memang senang sangat nak buat resipi ini. Dan percayalah, hasilnya mampu membuat anda menjilat jari.
Bahan:
Roti
Telur
Keju
Caranya:
1. Apitkan dua keping keju antara dua keping roti.
2. Salutkan roti dengan telur yang telah dipukul.
3. Panaskan minyak dan gorengkan roti itu.
Terima kasih kepada rakan-rakan di Oh Bulan! yang telah berkongsi resipi ini.
Muar memang terkenal dengan makanannya, dari Mee Bandung Muar ke Asam Pedas Parit Jawa.
Tetapi anda tidak perlu membuat perjalanan yang mengambil masa sekitar dua jam dari KL ke Bandar Diraja itu, semata-mata untuk merasa hidangan ternama Muar.
Di Kota Kemuning, Shah Alam terletak Restoran Muar Station yang menjanjikan "citrasa asli dari Muar". Untuk anda yang merancang ke sini, berikut beberapa hidangan mesti dicuba.
Yang pasti, Mee Bandung Muar Ketam (RM17.50).
Terdapat lima jenis menu Mee Bandung di sini. Yang paling istimewa, Mee Bandung Muar Ketam.
Ketam yang digunakan Ketam Bunga. Kuahnya kaya dengan tekstur dan rasa manis isi udang.
Untuk hidangan asam pedas, cubalah Asam Pedas Tenggiri, didatangkan secara set bersama nasi putih, telur dadar dan timun (RM10.80).
Kuah asam pedasnya likat. Tetapi jangan terpedaya dengan warnanya yang merah menyala. Taklah pedas manapun.
Bunga kantan dan daun kesum mengharumkan lagi hidangan. Secukup rasa... masam-masam, pedas-pedas.
Untuk sesuatu kelainan, Lontong Goreng Seafood (RM8.00).
Chef amat bermurah hati dengan kuantiti makanan laut yang dihidangkan.
Sotong dan udangnya pula segar-segar belaka.
Dijamah dengan rempah-rempah olahan chef, memang menyelerakan.
Mungkin hidangan nasi goreng kedengaran biasa tetapi cuba dahulu Nasi Goreng Ayam Berlada (RM8.00) mereka sebelum memberi apa-apa komen.
Yang membuatkan nasi goreng mereka menarik dan lain daripada yang lain, hidangan sampingan ayam berlada yang sebenarnya ayam masak cili.
Cukup rempah ratus dan perisanya. Ayamnya pula lembut dan berjus.
Untuk pilihan daging, ada Nasi Goreng Black Pepper (RM9.50).
Daging dimasak empuk dengan black pepper, perfectly complimenting hidangan nasi goreng.
Nasi Goreng Kampung Seafood (RM8.50), menu kegemaran ramai pelanggan.
Penggunaan belacan menaikkan lagi aroma hidangan.
Menyajikan "world menu", di mana hidangan merangkumi antaranya, sajian Barat, Korea dan tempatan.
Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!
Diuruskan oleh pemilik Sara Thai Kitchen, Sara Boat Noodle dikatakan restoran boat noodle pertama di Kuantan.
Menghidangkan masakan asli Johor. Antara yang menjadi kegemaran pengunjung Lontong Goreng Seafood dan Mee Bandung.